Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Dang_Wangi

Lokasi

Stesen ini terletak di timur laut bandar lama Kuala Lumpur sepanjang Jalan Ampang, berhadapan Bukit Nanas dan berdekatan tebing selatan Sungai Klang. Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Jalan Sultan Ismail Lebuhraya Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terdapat berbagai-bagai bagunan pejabat di sekitar stesen seperti Menara DBKL 3 Bandar Wawasan, Kompleks Wilayah, Menara Alliance Bank, Menara Bangkok Bank, Wisma TKT, Menara Sunway dan Menara Safuan. Juga terletak Berdekatan dengan stesen ini adalah Hutan Simpan Bukit Nanas, UniKL, Hotel Stripes Kuala Lumpur, pusat membeli-belah LuLu Hypermarket Kuala Lumpur, SMK Convent Bukit Nanas, Hotel The Face Suites dan Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Susunan stesen

GAras tanahPintu masuk/keluar , laluan pejalan kaki bertutup ke Monorel Bukit Nanas, perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras legarPagar akses elektronik, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan
B2
Platform
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Kampung Baru)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Masjid Jamek)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif.

Pertukaran

Stesen Dangi Wangi terletak 300m barat  MR8  Stesen Bukit Nanas, juga terletak berdekatan Bukit Nanas. Walaupun tidak bersebelahan, namun peta transit rasmi APAD dan RapidKL menunjukkan kedua-dua stesen sebagai satu pertukaran antara Laluan Kelana Jaya dan Monorel Kuala Lumpur.[2] Oleh itu, penumpang yang ingin bertukar laluan di sini harus berjalan di sepanjang Jalan Ampang.

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan BET7, 300 dan 303 berkhidmat di stesen ini. Bas Bandar GoKL laluan Biru juga berkhidmat di stesen ini.